BORANG PENDAFTARAN UNTU PROGRAM (MES)

KAMI MENYEDIAKAN PELBAGAI BORANG UNTUK PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR

* TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)
* SKIM MESRA USIA EMAS (S.M.U.E)
* SKIM KESIHATAN WANITA (MAMOGRAM)
* HADIAH PENGAJIAN IPT
* PINJAMAN MIKROKREDIT (MIMBAR)
* TUISYEN RAKYAT (P.T.R.S)

Thursday, April 7, 2011

Majlis Pelancaran Program Tusiyen Rakyat Dan Program Keibubapaan Pusat Khidmat Rakyat DUN N46 Pelabuhan Klang



Majlis Pelancaran Program Tuisyen Rakyat (PTRS) ini  telah dirasmikan oleh Pegawai Penyelaras DUN N46 Pelabuhan Klang En. Suhaimi Bin Mohd Nor pada 03/04/2011 di Dewan Sekolah Kebangsaan Pendamaran Jaya. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Pegawai Tadbir Program Tuisyen Rakyat Cik Nurul Imma Mansor dan Perunding Program Tuisyen Rakyat En. Mohd Din Bin Che Ramli.

Pusat Khidmat Rakyat juga telah menjemput Ustaz Azizul Asri untuk memberikan ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar dan ibu bapa yang hadir, ceramah beliau juga membuatkan ibu bapa dan pelajar yang hadir  telah menitiskan air mata.


Dikesempatan itu juga Pihak Pusat Khidmat Rakyat DUN N46 Pelabuhan Klang juga telah mengambil kesempatan untuk  menyampaikan sumbangan dan cenderahati kepada pelajar terbaik PTRS bagi tahun 2010 Adik Mohd Zaidi Bin Abu Bakar yang telah mendapat keputusan cemerlang 7A dan 2B untuk SPM yang lalu.

Program yang diberikan percuma kepada pelajar-pelajar SPM ini telah dianjurakan oleh Kerajaan Negeri Selangor, yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan Yb Dr Halimah Binti Ali.


No comments:

Post a Comment