BORANG PENDAFTARAN UNTU PROGRAM (MES)

KAMI MENYEDIAKAN PELBAGAI BORANG UNTUK PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR

* TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)
* SKIM MESRA USIA EMAS (S.M.U.E)
* SKIM KESIHATAN WANITA (MAMOGRAM)
* HADIAH PENGAJIAN IPT
* PINJAMAN MIKROKREDIT (MIMBAR)
* TUISYEN RAKYAT (P.T.R.S)

Saturday, August 6, 2011

Program Sambutan Ambang Ramadhan, Tahlil Perdana Dan Sumbangan Kepada Surau

Program Sambutan Ramadhan, Tahlil Perdana Dan Sumbangan Surau-surau Dun N46 Pelabuhan Klang ini telah berlangsung pada 30/07/2011, bertempat di Masjid Kampung Pendamar. Program ini dianjurkan adalah sempena menghormati ketibaan Bulan Ramadhan yang mulia.

Disamping itu sumbangan yang diberikan kepada surau-surau pula diberikan untuk membantu surau dalam menjayakan sebarang aktiviti sepanjang bulan ramadhan.





















Program Mesra Rakyat Program Makan Durian Bersama Penduduk Bandar Bukit Tinggi 2

Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Penyelaras DUN N46 Pelabuhan Klang Bersama Persatuan Penduduk Bandar Bukit Tinggi 2, Program ini telah diadakan pada 30/7/2011 di Taman Rama -Rama Bandar Bukit Tinggi 2.





Durian yang bakal di makan
Orang ramai bebaris mendapatkan durian



Orang ramai mula menikmati durian
Petugas bertungkus lumus mengupas durian

Kanak-kanak di hiburkan oleh badut

Friday, August 5, 2011

Majlis Pelancaran Program Tuisyen Rakyat Pulau Indah dan Penyampaian Sumbangan Untuk Sekolah Agama, S.J.K.T dan S.J.K.C DUN Pelabuhan Klang

Majlis pelancaran Program Tuisyen Rakyat dan Penyampaian Sumbangan ini telah  dilancarkan pada 20/6/2011 di Balai JKKK Teluk Nipah Pulau Indah. Majlis pelancaran ini adalah merupakan kali yang kedua di kawasan DUN Pelabuhan Klang. Ini berikutan kejayaan Program  Tuisyen Rakyat  ini di Pandamaran Jaya.Seramai 50 orang pelajar yang telah mendaftarkan diri untuk mengikuti kelas tuisyen yang diberikan percuma oleh Kerajaan Negeri Selangor ini.

Disamping itu juga lebih kurang 13 buah sekolah yang telah menerima sumbangan dari Kerajaan Negeri Selangor bagi membaik pulih sekolah-sekolah mereka.



Program Mesra Rakyat 2011 Program Makan Durian Bersama Penduduk Kampung Idama.


Program makan durian ini telah diadakan Pada 23/07/2011 jam 2.30 Petang - 5.00 Petang Di Perkarangan Dewan Orang Ramai Kampung Idaman. Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Penyelaras DUN N46 Pelabuhan Klang Bersama dan Persatuan Anak Muda Klang.

Penduduk Kampung Idaman Yang telah hadir

Penduduk Yang Menanti Ketibaan Durian



Penduduk Berbaris Untuk  Mendapatkan Durian




Penduduk Mula Menikmati Durian


Sambil Makan Kita Buat Cabutan Bertuah.

Saturday, June 25, 2011

Majlis Bayaran Manfaat S.M.U.E fasa 2

Majlis Penyampaian  bayaran manfaat S.M.U.E Fasa 2 Peringkat Pelabuhan Klang
Telah diadakan pada 8/5/2011 di Dewan Taman Pendamar Indah 2, Pelabuhan Klang.
Seramai 63 Waris yang terlibat dari 3 buah Dun, Dun Pandamaran, Dun Pelabuhan Klang Dan
Dun Selat Kelang

Untuk sepintas lalu Program Skim Mesra Usia Emas (S.M.U.E) ini adalah salah satu
Program Kerajaan Negeri Selangor untuk Warga Emas yang berusia 60 Tahun ke atas
dimana manfaat RM 2,500.00 akan diberi kepada waris secara berperingkat selepas kematian ahli
(warga emas) bedaftar.













Thursday, April 7, 2011

Majlis Pelancaran Program Tusiyen Rakyat Dan Program Keibubapaan Pusat Khidmat Rakyat DUN N46 Pelabuhan Klang



Majlis Pelancaran Program Tuisyen Rakyat (PTRS) ini  telah dirasmikan oleh Pegawai Penyelaras DUN N46 Pelabuhan Klang En. Suhaimi Bin Mohd Nor pada 03/04/2011 di Dewan Sekolah Kebangsaan Pendamaran Jaya. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Pegawai Tadbir Program Tuisyen Rakyat Cik Nurul Imma Mansor dan Perunding Program Tuisyen Rakyat En. Mohd Din Bin Che Ramli.

Pusat Khidmat Rakyat juga telah menjemput Ustaz Azizul Asri untuk memberikan ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar dan ibu bapa yang hadir, ceramah beliau juga membuatkan ibu bapa dan pelajar yang hadir  telah menitiskan air mata.


Dikesempatan itu juga Pihak Pusat Khidmat Rakyat DUN N46 Pelabuhan Klang juga telah mengambil kesempatan untuk  menyampaikan sumbangan dan cenderahati kepada pelajar terbaik PTRS bagi tahun 2010 Adik Mohd Zaidi Bin Abu Bakar yang telah mendapat keputusan cemerlang 7A dan 2B untuk SPM yang lalu.

Program yang diberikan percuma kepada pelajar-pelajar SPM ini telah dianjurakan oleh Kerajaan Negeri Selangor, yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan Yb Dr Halimah Binti Ali.


Tuesday, March 30, 2010

'Pangsapuriku Indah Bersih,Ceria Dan Harmoni'

Y.B Tuan Iskandar B. Abdul Samad iaini ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri selangor yang memegang portfolio pegerusi jawatankuasa tetap perumahan,pengurusan bangunan dan setinggan telah melancarkan program 'PANGSAPURIKU INDAH BERSIH,CERIA DAN HARMONI'

Pejabat DUN N46 Pelabuhan Klang telah memilih Pangsapuri PALMA yang terlertak dibandar botanic untuk program ini.